Translate

Sunday, October 14, 2018

Pas sedia disiasat dakwaan UMNO bagi duit RM1.5 juta

MARANG – Pas bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia berhubung dakwaan parti tersebut menerima wang RM1.5 juta daripada UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, walaupun menganggap dakwaan yang dikemukakan Parti Amanah Nasional (Amanah) tersebut sebagai fitnah namun beliau dan kepimpinan Pas sedia disiasat bagi memastikan parti itu benar-benar bersih.

“Pas terbuka untuk disiasat oleh SPRM termasuk (dalam kalangan) Menteri Besar dan Exco-Exco (negeri) kalau ada salah laku kerana kita mahu parti ini bersih,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Masjid Rusila di sini

Kosmo! kelmarin melaporkan Pemuda Amanah Terengganu meminta siasatan segera berhubung penyebaran salinan transaksi pemindahan wang daripada UMNO kepada Pas seperti yang tersebar baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment