Translate

Friday, October 5, 2018

Lebih ramai dijangka keluar UMNO

KUALA TERENGGANU – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjangkakan bilangan Ahli Parlimen UMNO akan terus menyusut pada masa terdekat berikutan kelemahan kepimpinan baharu parti itu.

Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata, kemungkinan tersebut semakin terserlah berdasarkan situasi yang berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO 2018.
“Kita nampak Presiden UMNO (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) tidak dapat mengawal keadaan.

“Banyak teguran dan kritikan tajam dalam perbahasan yang membuktikan kelemahan Presiden,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Setakat ini, UMNO tinggal 49 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat selepas lima wakil rakyatnya bertindak keluar parti iaitu Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Moha­med, Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis), Mas Ermieyati (Masjid Tanah), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai).

Terdahulu, Mohamed Azmin berkata, PKR mempunyai wakil rakyat paling ramai di dalam Parlimen ia­itu 51 orang diikuti UMNO (49 orang) dan DAP (42 orang).

No comments:

Post a Comment