Translate

Tuesday, October 16, 2018

Allaudeen mula tugas Timbalan Ketua Polis Terengganu

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Datuk Allaudeen Abdul Majid memulakan tugas secara rasmi sebagai Timbalan Ketua Polis Terengganu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Idris Abdullah yang bertukar ke Bukit Aman sebagai Senior Asisten Komisioner Kepolisan Am Jabatan Kementerian Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

Sebelum ini, Allaudeen,54, yang sudah berkhidmat selama 33 tahun dalam Polis Diraja Malaysia menyandang jawatan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pematuhan Standard (Siasatan/ Perundangan/Kajian Kes) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.

"Kepercayaan yang diberikan untuk menggalas tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Terengganu bagi saya cukup mencabar. Saya berperanan membantu Ketua Polis Terengganu (Datuk Aidi Ismail) menjadi nadi penggerak dan pemudah cara setiap arahan Ketua Polis Negara (Tan Sri Mohamad Fuzi Harun).

"Apatah lagi untuk mengekalkan prestasi cemerlang Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Terengganu yang merupakan antara terbaik di negara ini dalam menurunkan indeks kadar jenayah manakala kadar pertuduhan pula agak tinggi," katanya.


Beliau berkata demikian selepas menandatangani dokumen terima serah tugas antaranya dengan Idris yang disaksikan Aidi di IPK Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment