Translate

Wednesday, October 3, 2018

TFC I mara ke separuh akhir Piala Malaysia

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Terengganu Football Club I (TFC I) mara ke separuh akhir Piala Malaysia buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun selepas menewaskan Felda United 4-3 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Skuad Penyu yang ketinggalan 0-2 sehingga minit ke-56 mara bergaya dengan agregat 6-4.

Terdahulu, Felda United mendahului 2-0 menerusi jaringan pemain pertahanan import, Thiago Junio dan penyerang Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-12 dan 48.

Tersentak ketinggalan, TFC I kembali merancakkan serangan yang kemudiannya membuahkan hasil menerusi jaringan perancang import, Lee Tuck pada minit ke-56.

Gol menerusi sepakan deras Tuck dari luar kotak penalti itu menyemarakkan semangat pemain tuan rumah sebelum pemain pertahanan tuan rumah, Adib Aizuddin Ab. Latif menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-69.

Penyerang Felda United, Gilberto Valdenesio kembali meletakkan skuad The Fighters berkelebihan secara agregat apabila menjaringkan gol ketiga pasukannya secara 'bicycle kick' pada minit ke-78.


Begitu pun, skuad Penyu tidak putus harapan selepas dua penyerang, Abdul Malik Mat Ariff dan Tchetche Kipre terus meledak gol ketiga dan keempat tuan rumah pada minit ke-82 dan 86. - K!  ONLINE

No comments:

Post a Comment