Translate

Thursday, October 4, 2018

Polis Terengganu siap sedia hadapi Pemilihan PKR negeri Jumaat ini

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu sudah bersiap sedia untuk memastikan kelancaran Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat negeri ini yang dijadual berlangsung Jumaat ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, anggota polis negeri tersebut telah dikerahkan untuk berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada hari pemilihan tersebut.

Beliau berkata, beberapa kawasan cabang PKR di negeri ini telah dikenalpasti sebagai lokasi panas yang perlu di beri perhatian dan tumpuan akan diberikan kepada bandar raya ini.

"Polis Diraja Malaysia sentiasa bersiap sedia untuk memastikan Pemilihan PKR peringkat negeri ini berjalan lancar dan sebarang kekecohan seperti yang pernah berlaku di Kedah dan Pulau Pinang sebelum ini.


"Begitupun, berdasarkan rekod-rekod lampau, saya percaya kepada kematangan ahli-ahli PKR negeri ini dan menjangkakan pemilihan terbabit berjalan dengan aman," katanya selepas menyaksikan majlis serah tugas Timbalan Ketua Polis Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment