Translate

Wednesday, October 3, 2018

Azmin serah kepada JPP aduan Rafizi mohon batal keputusan pemilihan Pusat Cabang Labis

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berhubung desakan pencabarnya, Rafizi Ramli agar keputusan pemilihan Pusat bagi Cabang PKR Labis dibatalkan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata, beliau percaya JPP akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang adil dan sewajarnya terhadap aduan tersebut.

"Tiada ada mana-mana calon atau pihak yang boleh mencampuri urusan JPP. Biarlah mereka (JPP) menyiasat dan buat keputusan. Saya yakin JPP akan membuat siasatan sekiranya ada aduan.

"Saya tidak pernah mendesak mana-mana pihak. Ini adalah persaingan dalam keluarga PKR, ia mesti berjalan dengan baik dan tertib," katanya ketika selepas menghadiri program Pidato Malaysia Baru sempena Pemilihan PKR di sini hari ini.

Semalam media melaporkan Rafizi meminta keputusan keputusan pemilihan Pusat bagi Cabang PKR Labis dibatalkan kerana mendakwa terdapat campur tangan pegawas JPP bertugas yang mengundi bagi pihak ahli parti itu pada Ahad lalu.


Dalam pada itu, Mohamed mendahului undian bagi pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR di Johor dengan 4,512 undi berbanding Rafizi yang cuma memperolehi 3,968 undi setakat pukul 6 petang semalam. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment