Translate

Wednesday, October 3, 2018

Kempen dari rumah ke rumah lebih efektif

KUALA TERENGGANU – Pakatan Harapan khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengambil pendekatan untuk mendekati pengundi dari rumah ke rumah hingga ke hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pendekatan menziarahi rumah pengundi menjelang hari pengundian pada 13 Oktober depan dilihat lebih efektif.

“Saya melihat turun ke bawah menziarahi dari rumah ke rumah (pengundi) itu lebih efektif daripada membuat perhimpunan besar. Dalam PRK seperti ini, hubungan terus di antara calon (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan jentera parti dengan pengundi itu amat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Pidato Malaysia Baru sempena Pemilihan PKR di sini kelmarin.

Mohamed Azmin berkata, momentum kempen Anwar untuk kembali ke Dewan Rakyat menerusi PRK Parlimen Port Dickson dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa sejak hari penamaan calon pada Sabtu lalu.

Sementara itu di Port Dickson, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Mohd. Faisal Mohd. Noor mengesahkan pihaknya telah menerima laporan me­ngenai penyebaran maklumat palsu kes liwat membabitkan Anwar.

“Kes dalam siasatan dan tidak boleh didedahkan,” katanya ketika dihubungi.

No comments:

Post a Comment