Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Kerja-kerja pembesaran dan penambahbaikan fasiliti Pelabuhan Kemaman sedang giat dijalankan bagi memenuhi pengoperasian Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan bermula tahun hadapan.
Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kemaman, Datuk Azan Ismail berkata, projek menambak dan membesarkan pelabuhan seluas kira-kira 22.68 hektar itu dijangka siap sepenuhnya menjelang suku kedua tahun ini.
“Projek penambakan itu sedang berjalan setelah memperolehi kelulusan Kajian Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada bulan Disember lalu.
“Penambakan itu juga digunakan bagi pembinaan Rel Jajaran Sisihan Kemaman sepanjang 12.5 kilometer,” katanya ketika ditemui pada program Kembali Ke Sekolah di sini semalam.
Azan berkata, rel jajaran sisihan dari Chukai ke Pelabuhan Kemaman akan dibina oleh Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) bagi menghubungkannya dengan rangkaian rel ECRL kebangsaan bagi perkhidmatan kargo.
Beliau berkata, sebahagian daripada tambakan tersebut akan digunakan untuk kerjakerja pembesaran dermaga dan ruang gudang.
“Infrastruktur pemecah ombak akan dibina bagi melin dungi pelabuhan daripada ancaman hakisan dan ombak besar terutama pada musim tengkujuh.
“Ia bagi menggalakkan lagi lebih banyak kapal kargo sekali gus me ningkatkan kapasiti pengendalian kepada 24 juta tan metrik menjelang tahun 2030,” katanya

No comments:
Post a Comment