Translate

Wednesday, January 21, 2026

Curi duit tabung surau guna senduk

 

Oleh MOHD. AZLI  ADLAN

KUALA TERENGGANU - Seorang suri rumah yang tiga kali mencuri duit tabung Surau Kampung Padang di Gelong Bilal di sini sejak 21 April lalu, akhirnya berjaya ditangkap kelmarin.

Wanita berusia 34 tahun itu ditangkap oleh imam surau tersebut pada pukul 5 perang ketika suspek sedang asyik mengumpil tabung tersebut menggunakan senduk dan pembaris.

Suspek dipercyai sempat mengambil wang tunai sebanyak RM16 daripada tabung tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal percaya kejadian kelmarin itu merupakan kali ketiga suspek memecah tabung surau yang sama dalam tempoh seminggu.

"Sebelum ini, tabung surau di ruangan solat wanita telah dipecah melibatkan kerugian kira-kira RM300 yang disyaki dilakukan oleh suspek sama pada 21 April lalu.

"Sebelum kejadian, imam berusia 59 tahun itu telah terserempak dengan suspek yang mendakwa mahu menumpang rehat di surau itu," katanya kepada Kosmo! semalam.

Azli berkata, suri rumah yang sama juga didakwa cuba memecah tabung surau itu buat kali kedua  tetapi gagal dan sempat melarikan diri apabila terserempak dengan ibu imam berkenaan pada 25 April lalu.

Katanya, dalam kejadian terbaru, seorang jiran imam itu pula terlihat wanita yang berasal dari Bukit Payong, Marang memasuki surau sama.

"Suspek akhirnya berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada polis bersama peralatan yang digunakan untuk melakukan jenayah berkenaan.

"Modus operandi mangsa ialah menggunakan sebatang senduk besi bersama pembaris besi yang dibengkokkan untuk mengeluarkan wang derma yang terdapat di dalam tabung yang berada di ruang solat surau tersebut," katanya.

Katanya, semakan mendapati wanita it tiada rekod jenayag dan ujian air kencing juga negatif.

Suspek telah ditahan reman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment