KUALA NERUS – “Kejadian berlaku dengan pantas, ombak besar tu tiba-tiba sahaja datang ketika ingin cuci kaki.”
Demikian kata ibu saudara yang membawa mangsa lemas Muhammad Zarif Mohd. Hazahari, 5, di pesisir pantai untuk membasuh kaki sebelum ditarik ombak besar di Pantai Sauh, Kampung Pengkalan Atap di sini kelmarin.
Sewaktu kejadian pada pukul 6.32 petang itu, mangsa, Muhammad Zarif Mohd. Hazahari, 5, dikatakan ke pesisir pantai untuk membasuh kaki sebelum ditarik ombak besar ke tengah laut.
Ibu saudara mangsa, Siti Nurul Aina Sahirah Ismail, 31, berkata, sebelum kejadian, dua anaknya, Mohd. Sharim Sameer, 4, Muhammad Darwish Uwais, 7, dan Muhammad Zarif telah dibawa bersiar-siar di pesisir Pantai Saung pada pukul 6 petang.
“Sebelum pulang, anak saya, Muhammad Darwish Uwais dan Muhammad Zarif mahu membasuh kaki di gigi air.
“Mereka tiba-tiba ditarik ombak besar lalu mula dihanyutkan ke tengah laut. Saya yang panik segera mahu menyelamatkan mereka,” katanya ketika ditemui di Pantai Saung di sini semalam.
Siti Nurul Aina Sahirah berkata, dia cuba mampu menyelamatkan Muhammad Dawish Uwais, manakala Muhammad Zarif yang berada lebih di depan terus hanyut ke tengah laut.
Katanya, dia sendiri hampir lemas sebelum diselamatkan penduduk kampung. “Dia (Muhammad Zarif) pernah beritahu kami tidak mahu bersekolah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, Muhammad Zarif dikatakan dihanyutkan kira-kira 200 meter ke arah barat laut sebelum hilang daripada pandangan.
Beliau berkata, operasi pencarian dilakukan pada radius kira-kira enam kilometer dari lokasi mangsa dikhuatiri dihanyutkan.

No comments:
Post a Comment