PENANG FC puas dapat memulakan tahun 2026 dengan kemenangan selepas berjaya menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak dalam aksi Liga Super, kelmarin.
Pengendali skuad Harimau Kumbang, Wan Rohaimi Wan Ismail optimis kemenangan berharga tersebut menjadi pemangkin kebangkitan pada pusingan kedua baki saingan Liga Super musim ini.
Menurut Wan Rohaimi, bukan mudah untuk menang di tempat lawan, tetapi anak-anak buahnya telah buktikan tiada apa yang mustahil.
“Saya selalu beri semangat kepada pemain-pemain agar tidak putus asa dengan prestasi mengecewakan pusingan pertama Liga Super sebaliknya terus berusaha.
“Kita telah mendapat hasilnya dan saya harap pasukan terus konsisten dan diberi peluang hingga penghujung musim,” katanya selepas tamat perlawanan.
Sementara itu, Wan Rohaimi turut memuji penyudah penyerang veteran, Kipre Tchetche untuk meledak dua gol sekali gus menjadi duri dalam daging buat TFC yang merupakan bekas kelab yang diwakilinya sebelum ini.
Wan Rohaimi berkata, tidak banyak ancaman bahaya yang ditawarkan oleh Tchetche sepanjang 90 minit, tetapi dia masih berjaya manfaatkan peluang terhidang.
“Meskipun tidak ada banyak pergerakan yang dilakukannya sepanjang 90 minit, dia masih mampu untuk meledak dua gol apabila berada di kedudukan yang tepat. Inilah bezanya penyerang yang berpengalaman,” katanya.
.jpeg)
No comments:
Post a Comment