Translate

Monday, January 26, 2026

Banjir kilat, penduduk terpaksa beraya di PPS

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – Hujan lebat berterusan selama lebih 12 jam sejak awal pagi ini menyebabkan beberapa kawasan di Terengganu dilanda banjir kilat. 

Antara kawasan terjejas ialah Tok Adis, Kuala Terengganu, Kampung Bari Besar, Setiu dan Kampung Tok Dor, Besut. 

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat ini sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Kampung Bari Besar di sini. 

“PPS Balai Bari Besar mula diaktifkan pada pukul 11.20 pagi. Setakat ini, 18 mangsa daripada tiga keluarga mula mendaftar masuk.

 “Mereka terdiri tujuh lelaki dan empat wanita dewasa serta tujuh kanak-kanak,” katanya di sini semalam.

 Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Osman Abdullah berkata, banjir kilat tersebut disebabkan taburan hujan lebat melebihi 100 mililiter (ml) serta fenomena air pasang besar melebihi dua meter. 

Beliau berkata, tinjauan mendapati taburan hujan di 11 kawasan di empat daerah di Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Besut menerima taburan hujan melebihi 100 mm berkenaan.

 “Antara stesen hujan yang mencatatkan bacaan itu ialah Jambatan Penarik, Setiu (227 mm); Kampung Gemuruh, Kuala Nerus (201 mm) dan Kampung Tembia, Besut. 

“Begitupun paras lembangan sungai di seluruh negeri ini masih stabil dan banjir kilat dijangka surut dalam tempoh dua jam,” katanya.

No comments:

Post a Comment