KUALA TERENGGANU – Simpanan RM30,200 seorang pekerja sambilan berusia 39 tahun lebur apabila wanita itu terperdaya dengan tawaran pekerjaan tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, wanita itu menerima panggilan daripada suspek mengaku ko nonnya wakil sebuah platform e-dagang pada pukul 5.50 petang, 4 April lalu.
“Suspek mendakwa kononnya mahu menghantar hadiah penghargaan berupa lampu solar kepada mangsa. “Dia kemudiannya memasukkan mangsa ke dalam kumpulan WhatsApp yang kononnya menawarkan ganjaran penghargaan RM8 jika wanita itu memberi maklum balas,” katanya semalam.
Azli berkata, pekerja sambilan terbabit juga ditawarkan ganjaran tambahan sekiranya melakukan tugasan di dalam sebuah aplikasi diberikan.
Beliau berkata, walaupun pada mulanya, wanita itu menerima komisyen dijan jikan, namun akhirnya mangsa dikenakan ‘penalti’ kononnya kerana lewat menyelesaikan tugasan.
“Mangsa akur membayar ‘penalti’ berkenaan yang berjumlah RM30,200 menggunakan simpanannya menerusi lapan transaksi di empat akaun bank,” katanya.
Jelasnya, wanita itu akhirnya menyedari tertipu apabila tidak mendapat semula ‘pulangan’ dijanjikan sebelum membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment