Translate

Thursday, January 15, 2026

EPIC dilantik penyedia utama sistem solar AMS

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) telah dilantik sebagai penyedia utama infrastruktur sistem Solar Fotovoltaik (PV) bagi Advantage Marine Services (Malaysia) Sdn. Bhd. (AMS).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dr. Muhtar Suhaili berkata, sistem PV tersebut akan dibina oleh anak syarikat EPIC iaitu Eastern Pacific Properties Sdn. Bhd. (EPPSB) bagi melengkapi kemudahan gudang dan limbungan AMS yang terletak di Gelang Patah, Johor.

“Projek tersebut melibatkan pemasangan sistem Solar PV atas bumbung berkapasiti 74.4 kilowaat-puncak (kWp) yang akan dilaksanakan di bawah skim Solar ATAP (Program Tindakan Transisi Pemecutan Solar).

“Kerja-kerja pemasangan (panel solar) bermula pada awal bulan depan,” katanya selepas menandatangani perjanjian kerjasama strategik bersama AMS di sini.

Muhtar memaklumkan, kerja-kerja pemasangan panel solar ATAP yang julung-julung kali itu diperoleh di Johor itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 40 hari.

“Ia merupakan langkah strategik EPIC untuk menembusi pasaran wilayah selatan tanah air dan kami  komited untuk memperluaskan penawaran perkhidmatan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui ke seluruh negara,” katanya. -KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment