HULU TERENGGANU – Perjalanan empat sekeluarga untuk pulang beraya berakhir tragedi apabila salah seorang maut selepas kenderaan pelbagai guna jenis Nissan Serena yang mereka naiki me rempuh sebuah lori membawa muatan telur ayam semalam.
Kejadian pada pukul 4.50 pagi di Kilometer 416.6, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Ajil di sini itu mengakibatkan doktor Hospital Shah Alam, Selangor, Noor Shirlyna Irma Ngah, 42, maut di lokasi nahas selepas parah pada bahagian kepala.
Suaminya, Abdul Manaf Abdullah, 42, yang merupakan pensyarah kanan Universiti Teknologi Mara Shah Alam pula cedera pa rah muka dan tangan kanan.
Tiga anak mereka, Aqeef Hakimi, 6, Muhammad Na’im Al Faiz, 15, dan Muhammad Iman Huzaifah, 17, turut cedera parah. Seorang lagi anak, Nur Amani Aisyah, 11, tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, sewaktu kejadian, enam beranak terbabit dikatakan dalam perjalanan untuk pulang beraya di kampung halaman di Kampung Salor, Kota Bharu, Kelantan.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan jenis Nissan Serena dinaiki keluarga tersebut dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah lori membawa muatan telur ayam.
“Impak rempuhan tersebut menyebabkan kenderaan itu dikatakan berpusing di lebuh raya,” katanya. Menurut Sharudin, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan Noor Shirlyna Irma telah meninggal dunia.
Tambahnya, mayat Noor Shirlyna Irma dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu, manakala suami dan tiga anak dirawat di unit kecemasan hospital sama.

No comments:
Post a Comment