Translate

Thursday, September 13, 2018

Pemuda UMNO hadir Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kehadiran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki bersama 10 perwakilan pergerakan Pemuda UMNO pada majlis perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat ke-59 yang dirasmikan Timbalan Pemuda Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mencuri tumpuan.

Asyraf Wajdi berkata, kehadiran mereka mewakili Pemuda UMNO buat pertama kali dalam tempoh 40 tahun itu atas jemputan rasmi Ketua Pemuda Pas Pusat, Mohamad Khalil Abdul Hadi yang juga merupakan kenalan lamanya.

"Bagi saya, ini sejarah tersendiri setelah 40 tahun tidak bersama. Ia merupakan perkara yang diperlu disemarakkan atas dasar dua parti (UMNO dan Pas) mewakili umat Islam dan Melayu terbesar (di negara ini) dan mengukuhkan blok pembangkang.

"Sebelum ini pun, kita (UMNO dan Pas) telah memulakan langkah dalam banyak isu berkepentingan bersama termasuk dalam isu Rohingya, Palestin dan menyentuh umat Islam," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas ke-59 di sini hari ini.


Asyraf Wajdi berkata, kehadiran Pemuda UMNO pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat tersebut bukan bermotifkan keuntungan politik semata-mata tetapi lebih kepada untuk memupuk persaudaraan atas dasar Islam dan kepentingan rakyat. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment