Translate

Saturday, September 15, 2018

Pas restu UMNO bertanding

KUALA TERENGGANU - Pas akan memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson bagi menghadapi bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, keputusan tersebut dicapai pada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian Pas Pusat yang dipengerusikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini kelmarin.

“Sokongan akan diberikan kepada UMNO,” katanya ketika ditemui pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke-57 yang dirasmikan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin.

Tambahnya, keputusan memberi laluan kepada UMNO pada PKR Port Dickson itu bertujuan agar ia dapat diadakan secara satu lawan satu sahaja.

No comments:

Post a Comment