Translate

Monday, September 17, 2018

Pas sedia tukar pendirian bertanding PRK Port Dickson

KUALA NERUS – Pas bersedia untuk bertan­ding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bagi menentang bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya parti-parti pembangkang lain termasuk UMNO tidak meletakkan calon.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kesediaan untuk menukar pendirian tidak bertanding pada PRK berkenaan yang telah dibuat sebelum ini bertujuan agar Anwar yang juga bakal Perdana Menteri kelapan tidak diberi laluan mudah.

“Kita tidak mahu bagi (kemenangan) percuma. Kalau tiada orang bertanding, Pas boleh bertanding,” katanya selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak di sini semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan Pas menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian Pas Pusat yang dipengerusikan oleh Abdul Hadi pada Rabu lalu memutuskan untuk memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding pada PRK Parlimen Port Dickson.

No comments:

Post a Comment