Translate

Sunday, September 16, 2018

Pas minta pandangan ahli kerjasama dengan UMNO

KUALA TERENGGANU – Pas memberi jaminan tidak akan membelakangkan kira-kira satu juta ahlinya dalam membuat keputusan dalam sebarang pergabungan dengan parti politik lain termasuk UMNO.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang keputusan yang bakal dibuat kelak perlu melalui proses dalaman parti dan melibatkan semua perwakilan parti itu di seluruh negara.

“Kita tidak akan membuat sesuatu di luar kerangka demokrasi parti. Apa pun keputusan besar mesti melalui Majlis Syura, muktamar khas dan lain-lain,” katanya selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pemuda Pas Pusat, Mohamad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki.

Tuan Ibrahim turut menasihat ahli Pas agar tidak perlu bimbang dan terperdaya dengan pelbagai persepsi yang disebarkan.

No comments:

Post a Comment