Translate

Monday, September 3, 2018

Dua lelaki ditahan disyaki samun dua kedai serbaneka 24 jam

DUNGUN - Dua lelaki berjaya ditahan polis tidak sampai 24 jam selepas disyaki terlibat dalam dua kejadian samun bersenjata kedai serbaneka 24 jam di bandar ini semalam.

Kedua-dua suspek berusia 20 dan 22 tahun disyaki menyamun dua kedai serbaneka 24 jam terbabit yang masing-masing terletak di Wisma Bukit Besi dan Alor Tempoyak di sini dalam tempoh 20 minit bermula pada pukul 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, dua lelaki itu yang berasal dari Paka dekat sini berjaya ditahan polis dalam serbuan di dua lokasi berasingan di sekitar bandar ini tidak lama kemudian.

Beliau berkata, suspek pertama berusia 20 tahun disyaki telah menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam dengan bersenjatakan pisau di Wisma Bukit Besi di sini pada pukul 3 pagi.

"Dia kemudiannya melarikan wang tunai RM81 dari kaunter juruwang kedai serbaneka 24 jam terbabit dengan bantuan suspek kedua berusia 22 tahun yang menunggu di luar premis dengan sebuah motosikal.

"Mereka kemudiannya dipercayai menyamun sebuah lagi kedai serbaneka 24 jam di Alor Tempoyak di sini kira-kira 20 minit kemudian," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment