Translate

Saturday, September 1, 2018

Kontinjen UMT raih tempat ketiga keseluruhan Sukum

BERSUKAN. Kontinjen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) diwakili 121 atlet terdiri daripada kakitangan akademik dan sokongan terlibat dalam Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (Sukum) yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Ketua Kontinjen UMT, Prof. Dr. Nora’ Aini Ali berkata, kontinjen tersebut menyertai 39 acara sukan dalam Sukum yang melibatkan 21 institusi pengajian tinggi awam tempatan seluruh negara.

“Kontinjen UMT berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan selepas merangkul 13 pingat emas, perak (lapan) dan gangsa (dua) dan ia mencapai pencapaian terbaik sepanjang penyertaan dalam Sukum,” katanya.

No comments:

Post a Comment