Translate

Sunday, September 16, 2018

Zahid hadiri Muktamar Tahunan Pas

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melakar sejarah baharu dalam landskap politik negara ini apabila menghadiri Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-64 di sini semalam.

Kehadiran beliau di­sambut oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kemudian merasmikan muktamar tersebut di Stadium Tertutup Gong Badak.

Menurut Zahid, kehadirannya lebih bermakna selepas lebih enam dekad kedua-dua parti berteraskan Melayu dan Islam itu sering menghadapi masalah pertembungan di peringkat akar umbi.

“Biarpun dalam kalangan ke­pimpinan tertinggi kita (UMNO) pernah berada di dalam satu pasukan dalam Barisan Nasio­nal pada 1974 namun ketika itu sebagai sebuah kerajaan.

“Kini kita akan menjadikan hubungan kita bersama Pas menjadi lebih rasmi dalam kepimpinan parti-parti pembangkang,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Muktamar Tahunan Pas Pusat itu.

Antara kepimpinan UMNO yang hadir ialah dua Naib Pre­siden parti iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Setia­usaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

MIC yang diwakili Timbalan Presidennya, Datuk Seri SK Devamany turut hadir pada majlis tersebut.

Ahmad Zahid berkata, sebagai tanda penghargaan, beliau juga telah menyerahkan surat jemputan rasmi kepada kepimpinan Pas untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 30 September depan.

Sementara itu, dalam ucapan perasmian, Abdul Hadi berkata, Pas tetap mengambil pendekatan politik damai dengan semua pihak termasuk musuh politik­nya.

Beliau berkata, pendekatan tersebut telah terbukti berjaya bukan sahaja meramaikan ahli malah menjadi rahsia ketahanan parti tersebut sejak penubuhannya lebih 60 tahun lalu.

No comments:

Post a Comment