Translate

Friday, September 7, 2018

Azizulhasni terima insentif kemenangan Sukan Asia daripada kerajaan negeri Terengganu

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Jaguh berbasikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang menerima insentif RM20,000 daripada kerajaan negeri Terenggganu atas kejayaan merangkul tiga pingat termasuk satu pingat emas dalam acara pecut pada Sukan Asia Palembang- Jakarta baru-baru ini.

Selain pingat emas terbabit, Mohd. Azizulhasni yang juga anak jati Dungun turut meraih pingat perak dalam acara berpasukan dan pingat gangsa bagi acara keirin.

Beliau menerima insentif kemenangan itu yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Mohd. Azizulhasni berkata, beliau berterima kasih dan menghargai sokongan padu dan bantuan yang diberikan kerajaan negeri Terengganu terhadap perkembangan kariernya sebagai pelumba basikal.

"Kerajaan negeri Terengganu tidak henti-henti memberi dorongan sejak permulaan karier saya dalam sukan berbasikal ini lagi.

"Kehadiran saya pada majlis ini juga untuk memberi motivasi kepada atlet pelapis negeri yang akan menghadapi Sukma (Sukan Malaysia) Perak tidak lama lagi," katanya selepas menerima insentif tersebut pada majlis berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak di sini malam tadi.


Pada majlis sama, kerajaan negeri turut menyerahkan bendera kepada kontijen Sukma Terengganu yang terdiri daripada 555 atlet. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment