Translate

Thursday, September 13, 2018

Abdul Hadi yakin kerjasama Pas-UMNO direstui ahli Pas

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Pas yakin perkembangan kerjasama antara partinya dengan UMNO sebagai blok pembangkang mula diterima dan direstui oleh ahli-ahlinya di peringkat akar umbi di seluruh negara.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kebiasaannya, penyokong-penyokong parti politik tersebut memahami dan mematuhi ketetapan yang telah diputuskan oleh kepimpinan tertinggi parti.

Beliau berkata, kerjasama antara Pas dan UMNO berkonsepkan taawun iaitu bekerjasama pada perkara baik manakala sebaliknya pada perkara yang tidak baik.

"Kerjasama (antara Pas dan UMNO) telah dibuat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis dan Seri Setia.  Setakat ini tiada gabungan rasmi namun kita tidak tahu pada masa akan datang.


"Apa-apa boleh berlaku dalam politik dan kita ambil (pendekatan) langkah demi langkah dalam kerjasama ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Maal Hijrah 1440H/2018M peringkat Terengganu di Stadium Negeri di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment