Translate

Friday, September 14, 2018

Pas akan minta pandangan ahli berhubung penggabungan dengan UMNO

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Pas memberi jaminan tidak akan membelakangkan kira-kira satu juta ahlinya dalam membuat keputusan dalam sebarang penggabungan dengan parti politik lain termasuk UMNO.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang keputusan yang bakal dibuat kelak perlu melalui proses dalaman parti dan melibatkan semua perwakilan parti itu di seluruh negara.

"Kita tidak akan membuat sesuatu di luar kerangka demokrasi parti. Apa pun keputusan besar mesti melalui Majlis Syura, muktamar khas dan lain-lain.

"Saya memberi contoh, sewaktu kita (Pas) hendak menyertai Barisan Nasional dulu (pada tahun 1970-an), kita telah mengadakan muktamar khas," katanya selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat di sini hari ini.


Turut hadir Ketua Pemuda Pas Pusat, Mohamad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment