Translate

Wednesday, September 5, 2018

Lelaki dicekup ketika cuba edar syabu

SETIU – Polis menahan seorang lelaki dan me­nemui 16 bungkusan serbuk kristal disyaki syabu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Baru Merang, di sini Sabtu lalu.

Dalam serbuan pukul 9.15 malam, suspek berusia 36 tahun cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas setelah dikepung di pintu dapur rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkif­li Mat Deris berkata, pemeriksaan di dalam rumah terbabit berjaya menemui satu peket plastik berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu sebe­rat 49 gram dan 15 plastik lain yang setiap satunya berisi 13 serbuk sama.

“Hasil soal siasat suspek mengaku mendapatkan bekalan dadah tersebut di Butterworth, Pulau Pinang,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Zulkifli berkata, siasatan awal juga mendapati bekalan dadah disyaki syabu itu untuk edaran di kawasan sekitar Penarik, Merang dan Batu Rakit dekat sini.

Suspek didapati positif sya­bu selepas menjalani ujian air kencing dan semakan mendapati dia mempunyai dua rekod jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

No comments:

Post a Comment