Translate

Thursday, September 6, 2018

TFC I nafi cuba tiru situasi aksi England, Belgium di Rusia

PENGENDALI Terengganu FC I (TFC I), Irfan Bakti Abu Salim menepis andaian kononnya skuad kendaliannya sengaja tewas kepada Perak pada aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin.

Beliau menegaskan, dakwaan anak-anak buahnya sengaja mahu kalah pada aksi tersebut bagi membuka ruang kepada Perak memintas kedudukan teratas Kumpulan A untuk membolehkan skuad Penyu mendapat laluan lebih mudah pada saingan suku akhir adalah tidak benar.

“Tidak benar kami cuba meniru aksi England dan Belgium (pada peringkat kumpulan Piala Dunia 2018). Saya mahukan kemenangan untuk kepuasan diri dan kegembiraan kepada penyokong di laman sendiri.

“Saya akui pemain-pemain saya bermain di bawah kemampuan sebenar. Mungkin mereka sudah selesa kerana sudah layak (ke suku akhir) dan ia membuatkan saya sedikit kecewa,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Pada aksi kelima Kumpulan A tersebut, TFC I tewas 1-2 kepada Perak, sekali gus membolehkan skuad The Bos Gaurus mengiringi tuan rumah ke saingan suku ?akhir meskipun masih berbaki satu perlawanan.

Irfan Bakti berkata, walaupun lebih selesa bertemu Felda United berbanding PKNS FC pada aksi suku akhir Piala Malaysia, namun ia bukan alasan untuk skuad kendaliannya bermain sambil lewa pada baki aksi kumpulan nanti.

No comments:

Post a Comment