Translate

Monday, September 17, 2018

Wanita UMNO hadir Muktamar Dewan Muslimat Pas ke-58

KUALA TERENGGANU – Lembaran baharu hubungan Pas dan UMNO diperkukuhkan dengan kehadiran Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad pada Muktamar Dewan Muslimat Pas ke-58 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di sini semalam.

Turut menyertai Noraini ialah 10 wakil Pergerakan Wanita UMNO termasuk  Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Ruhaidini Abd. Kadir; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd. Yazid dan Ketua Wanita UMNO Terengganu, Toh Puan Zaitun Mat Amin.

Noraini berkata, keha­diran Pergerakan Wanita UMNO pada Muktamar Dewan Muslimat Pas itu merupakan simbol muafakat dan penyatuan kedua-dua parti tersebut atas landasan Islam serta Melayu.

“Saya juga telah menjemput kepimpinan Dewan Muslimat Pas untuk turut menghadiri Persidangan Wanita UMNO yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 29 September depan,” katanya selepas menghadiri perasmian muktamar itu yang disempurnakan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.

Turut sama Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh dan Ketua Dewan Muslimat Pas Terengganu, Zarani Othman.

No comments:

Post a Comment