Translate

Saturday, September 15, 2018

PRK Port Dickson medan erat kerjasama Pas-UMNO

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson bakal menjadi medan untuk mengeratkan lagi kerjasama yang sedang dijalin antara Pas dan UMNO.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hubungan antara dua parti dalam blok pembangkang dilihat semakin memberangsangkan menerusi PRK Sungai Kandis dan Seri Setia sebelum ini.

"Kalau di (PRK) Sungai Kandis kita masuk gear satu, (PRK) Seri Setia pula sudah gear tiga dan (saya jangka) (PRK) Port Dickson akan meningkat lagi.

"Peningkatan undi kepada UMNO di (PRK) Sungai Kandis dan Pas di (PRK) Seri Setia merupakan petunjuk awal," katanya selepas merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Stadium Tertutup Gong Badak di sini hari ini.


Turut hadir Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Pengerusi DHPP Pusat, S. Balasubramaniam. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment