Oleh MOHD AZLI ADLAN
DUNGUN- "Sebenarnya video saya tunggang RXZ itu dirakam sebagai salah satu kandungan media sosial untuk mempromosi baju kebaya pelanggan."
Demikian ujar seorang Instafamous Afifie Laila Abdullah, 30 selepas selesal prosiding d Mahkamah Majistret di sini semalam.
Terdahulu pada prosiding tersebut, Majistret Noradila Ab. Latif mengenakan denda RM400 terhadap gadis dari Kampung Bukit Merah, Padang Pulut di sini tu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menung gang motosikal Yamaha RXZ tanpa nombor pendaftaran.
Peniaga online yang dikenal sebagai Mokepah itu juga turut memohon maaf atas kesilapan yang dilakukannya itu.
"Motosikal itu saya beli sejak lapan tahun lalu dan rakaman dilakukan di sekitar kawasan kampung.
"Jadikan kes ini sebagai pengajaran agar lebih berhati hati ketika memuat naik kandungan di media sosial," katanya selepas membayar denda itu.
Berdasarkan pertuduhan Afifie Laila didakwa menunggang motosikal yang tidak mempamerkan nombor pendaftaran pada 12 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh didenda maksimum RM3,000 jika sabit kesalahahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan, Samud Ab W hab manakala gadis itu tidak diwakili peguam.
Kosmo! pada 18 Mac lalu melaporkan Afifie Laila dikompaun oleh JPJ kerana tidak memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal Yamaha RXZ.
Kesalahan tersebut dikesan dilakukan Intafamous itu menerusi penyebaran sebuah video berdurasi14 saat yang tular media sosial baru baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment