Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU-Anak-anak arwah Che Janiah Jaafar, 55, yang ditemui rentung pada pertengahan bulan lalu mahu pembunuh ibu mereka menerima hukuman yang setimpal. Anak sulung mangsa, Wan Mahisyamri W. Abd. Manan, 39 berkata, biarpun reda dengan pemergian ibunya, namun dia dan enam adiknya tidak akan sesekali menerima perbuatan kejam yang diperlakukan terhadap ibu mereka.
"Sehingga kini, kami masih keliru dengan motif pembunuhan sawit. ibu. Arwah ibu seorang yang ceria dan tidak pernah mempunyai masalah atau berselisih faham
dengan sesiapa," katanya ketika kawasan belukar Jalan Kuala ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini semalam.
Menurut Wan Mahisyamri, ibunya tidak mempunyai masalah berkaitan wang kerana bekerja sebagal ketua tukang masak di medan selera di sebuah pusat beli-belah di bandar raya selain hasil dari ladang kelapa sawit.
Bercerita lanjut, katanya, nalurinya kuat menyatakan mayat rentung yang ditemui di
Jalam Kuala Terengganu - Kota Bahru berhampiran Tepoh, Kuala Nerus adalah ibunya walaupun hanya melihat kaki kanan wanita itu.
"Saya dapat mengecam parut dan Inai pada kaki ibu yang tidak terbakar," katanya.
Che Janiah dilaporkan tidak pulang setelah keluar dari rumahnya di Durian Guling Marang untuk bertemu rakan pada pukul 10 malam, 16 April lalu.
Kehilangan mangsa dimaklumkan anaknya, Syameer Danial Zulkif, 17. yang tinggal bersama wanita itu menerust kumpulan WhatsApp setelah gagal dihubungi.
Kosmol 18 April lalu melaporkan seorang tukang sapu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ter gamam selepas menemui mayat wanita rentung ketika melakukan kerja-kerja pembersihan pada pukul 715 pagi.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu. Asisten Komisioner Marzukhi Mohd. Mokhtar br kata, suspek kes tersebut diberkas sebelum ini akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini pada hari ini.
Pendakwaan akan mengikut Seksyen 302 Keseksaan kerana membunuh.
Dalam pada itu, sumber memberitahu, pembunuhan Che Janiah dipercayai bermotifkan perselisihan faham dengan
suspek yang merupakan kenalan lelakinya.
Wanita itu dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibawa ke tempat kejadian untuk melupuskan bukti dengan cara membakarnya.
No comments:
Post a Comment