Translate

Sunday, May 16, 2021

Kampung Budaya dihiasi pelita raya

 

Oleh MOHD.AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Suasana malam di Kampung Budaya Terengganu yang terletak di Lo song di sini diceriakan dengan hiasan pelita raya selama enam hari sehingga lusa.

Pelbagai hiasan pelita raya unik dan kreatif seperti replika kapal terbang, Jambatan Angkat Kuala Terengganu dan sotong ditampilkan untuk menerangi dan mengindahkan rumah-rumah tradisional yang terdapat di perkampungan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, program pelita raya itu bertujuan untuk meneruskan tradisi masyarakat negeri ini memeriahkan malam tujuh líkur.

"Walaupun pandemik Co vid-19 masih melanda negara, la tidak menghalang kita meneruskan tradisi ini dengan prosedur operasi standard yang ketat.

"Hanya 300 pengunjung dibenar melawat Kampung Budaya Terengganu yang telah dihiasi pelita raya ini setiap malam dari pukul 9 malam hingga 12 tengah malam dan masuk adalah percuma," katanya di sini kelmarin. 

Ariffin berkata, hiasan pelita raya itu merupakan inisiatif penjawat awam daripada semua pejabat tanah dan daerah (PDT) di Terengganu kecuali Besut.

Jelas beliau, PDT Besut terpaksa menarik diri pada saat saat akhir selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebahagian besar daerah itu mulai kelmarin.

"Tujuh wakil PTD yang mengambil bahagian berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM1,500 yang dinilai mengikut hiasan pelita raya yang kreatif, unik dan ceria," katanya.

No comments:

Post a Comment