Translate

Wednesday, May 19, 2021

Maut kemalangan ketika pulang kerja

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN




KUALA NERUS – Seorang buruh yang dalam perjalanan pulang ke rumah daripada kerja maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Pakoh Jaya di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7 malam itu, mangsa, Mohd. Tarmizi Yusof, 40, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa anggota badan.

Sumber berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Tarmizi dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Tayor, Sungai Tong, Setiu dari tempat kerjanya di Pulau Kambing, Kuala Terengganu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira yang dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah lori tanpa muatan.

“Impak kemalangan itu menyebabkan mangsa tersepit dalam tempat duduk pemandu keretanya yang telah remuk teruk,” katanya di sini hari ini.

Sumber berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mayat Mohd. Tarmizi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din yang dihubungi mengesahkan kejadian. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment