Translate

Wednesday, May 12, 2021

Pemandu Preve nyaris maut langgar tapir

 

SETIU - Seorang lelaki nyarismaut dalam kemalangan apa bila kereta Proton Preve yang dipandunya terlanggar bang kai seekor tapir di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bahru ber hampiran Kampung Selamat, Sungai Tong di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 malam itu, kereta yang di pandu lelaki berusia 49 tahun itu mengalami kerosakan pada bahagian hadapan akibat per langgaran tersebut.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, ketika keja dian, kereta yang dipandu lela ki berasal dari Kampung Bukit Gasing. Marang itu dikatakan menuju ke arah Kota Bharu. "Sebaik tiba di lokasi ke jadian, kereta yang dipandunya gagal mengelak bangkai seekor tapir yang berada di atas jalan.

"Bahagian hadapan Proton Preve rosak akibat perlanggaran tersebut, namun pemandu nya terselamat," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Afandi berkata, pemeriksaan mendapati, tapir yang dianggarkan seberat hampir 100 kilogram tersebut mati akibat kecederaan parah pada kepala dan beberapa anggota badan.

Katanya, polis percaya haiwan liar berkenaan telah dilanggar sehingga mati terlebih dahulu oleh kenderaan lain.

"Siasatan masih dilakukan berhubung punca kematian ta pir yang dipercayai berasal dari hutan berhampiran tersebut.

"Bangkai tapir itu telah di serahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," ujarnya.

No comments:

Post a Comment