Translate

Tuesday, May 11, 2021

SPRM berkas dua pengarah syarikat

KUALA TERENGGANU - Tiga lelaki termasuk dua pengarah syarikat ditahan berhubung kes memberi dan menerima rasuah projek pelaburan pengeluaran produk pelitup muka bernilai RM9 juta. 

Ketiga-tiga suspek termasuk seorang penjawat awam berusia dalam lingkungan 40-an hingga 59 tahun itu ditahan reman sela ma seminggu bermula semalam dan berakhir pada Isnin depan. 

Satu sumber berkata, perintah reman ke atas mereka dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab. Karim @Isa.

"Siasatan awal mendapati dua pengarah syarikat itu dipercayai memberi rasuah kepada penjawat awam tersebut pada tahun lalu.

"Pemberian itu sebagai balasan supaya mencadang kan syarikat tersebut untuk pelaburan usahasama bagi pengeluaran produk pelitup muka dengan nilai keseluruhan RM9 juta," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sumber itu memberitahu, nilai suapan bagaimanapun masih dalam siasatan.

Mereka ditahan selepas hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tereng ganu di sini pada pukul 2 petang hingga 4 petang kelmarin.

Kes disiasat Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang mempe runtukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan den da lima kali ganda nilal suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment