Translate

Sunday, May 16, 2021

10 keluarga cuba lari dari PKPD Pelagat 3

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Sebanyak 10 keluarga dikesan cuba meninggalkan kediaman masing-masing di Kampung Pelagat 3 di sini sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan diPerketatkan (PKPD) di mukim berkenaan semalam.

Begitupun, cubaan mereka gagal apabila berjaya dikesan semula pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lama kemudian.

Pengarah Kesihatan Besut, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, perbuatan 10 keluarga itu amat dikesalkan kerana sebarang pergerakan boleh menambahkan risiko penularan Covid-19 ke lokasi lain.

“Sungguh tidak diduga dek akal, seramai 10 keluarga telah meninggalkan Kampung Pelagat 3 sebelum PKPD dimulakan (semalam) tetapi mereka berjaya dikesan semula.

“Setakat ini, sebanyak 54 kes positif Covid-19 telah dikesan di Kampung Pelagat 3 sahaja,” katanya selepas memantau proses saringan Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Kem Wawasan di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Nor Azimi memberitahu, sebanyak 393 kes aktif dilaporkan di daerah Besut iaitu yang tertinggi di negeri ini selain 11 kematian telah dicatatkan setakat ini.

Tambah beliau, sebanyak 11 kluster sedang dipantau di daerah ini termasuk yang terbesar iaitu Kluster Tok Has (204 kes) dan D’ Lahar (151 kes). – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment