Translate

Friday, May 28, 2021

Lelaki tetak ayah selepas ditegur kena dakwa

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mencederakan bapanya dengan sebilah parang pada Sab- tu lalu.

Tertuduh, Mohd. Firdaus Che Lah, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mohd. Firdaus didakwa mencederakan bapanya, Che Lah Awang, 78, dengan meng. gunakan sebilah parang di sebuah rumah di Marang dekat sini pada pukul 9 pagi, 1 Mei lalu.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di tangan kanan dan kaki kiri.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang mem- peruntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau sebatan atau mana- mana dua daripada hukuman tersebut.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes itu ditetapkan pada 2 Jun depan.

Nooriah turut mengenakan syarat tambahan perlu me lapor diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan selain dilarang mengganggu mangsa dan saksi-saksi sepanjang prosiding berlangsung.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Ab dul Razak, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Difahamkan. tertuduh mengamuk selepas dikejutkan daripada tidur selain dileteri bapanya agar tidak lagi terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Lelaki itu kemudian mengambil sebilah parang lalu melibas ke arah bapanya dan terkena pada tangan dan kaki warga emas tersebut.

No comments:

Post a Comment