Translate

Wednesday, May 26, 2021

FAMA Terengganu bantu pasar tembikai elak lambakan

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu mengambil inisiatif membantu memasarkan tembikai yang diusahakan petani di seluruh negeri ini bagi mengelakkan masalah lambakan buah-buahan tersebut.

Pengarah FAMA Terengganu, Che Ghani Che Wan berkata, setakat ini, pihaknya telah membantu memasarkan 411 tan metrik tembikai keluaran tempatan menerusi program usahawan ladang kontrak sejak bulan Mac lalu.

“Sebanyak 70 peratus bekalan tembikai itu sudah dihantar untuk pasaran luar di seluruh negara, 20 peratus pula untuk pasaran tempatan manakala 10 peratus lagi dijual sendiri oleh FAMA negeri.

“Inisiatif pemasaran tembikai dalam kalangan usahawan ladang kontrak dan petani kecil melibatkan urusniaga sebanyak RM727,716,” katanya selepas menyaksikan urusan pembelian daripada lima peserta ladang kontrak di Kampung Rhu 10 di sini hari ini.

Che Ghani berkata, berdasarkan maklumbalas pemasaran, tembikai bergred A iaitu memiliki berat melebihi lima kilogram masih mendapat permintaan tinggi.

Sementara itu, seorang pengusaha tembikai, Baharudin Ibrahim, 52, berkata, sebanyak 180 tan metrik tembikai keluaran ladangnya telah dipasarkan menerusi program usahawan ladang kontrak terbabit.

Dia memberitahu memperolehi keuntungan bersih lebih RM2,800 menerusi urusniaga tersebut. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment