Translate

Sunday, May 16, 2021

Cadang harga siling diteruskan selepas raya

 

KEMAMAN- Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan terus mengawal harga siling barangan keperluan utama selepas berakhirnya Skim Harga Maksimum Perayaan (SHMMP) Hari Raya Al dilfitri pada 20 Mei depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehw al Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, tindakan itu perlu di ambil sekiranya harga barangan keperluan seperti ayam, daging lembu dan ikan kembung pada masa itu terus melonjak tinggi.

"Kita prihatin dengan kebimbangan ramai pengguna yang risau harga barangan keperluan terutama ayam akan naik semula selepas sambutan Hari Raya Al dilfitri ini.

"Walaupun bukan musim perayaan, kerajaan mempunyal kuasa untuk terus mengawal harga (siling) barangan keperluan terlibat demi kebajikan pengguna," katanya di sini semalam.

Terdahulu beliau memantau harga barang sempena pelaksanaan fasa dua SHMMP Aidilfitri di sebuah pasar raya di sini.

Sebanyak 19 lagi barangan seperti bawang besar, cili kering. kelapa parut dan kacang tanah telah dimasukkan SHMMP Aidil fitiri.

No comments:

Post a Comment