Translate

Sunday, May 16, 2021

Maritim Malaysia Terengganu santuni 25 penarik beca

 

PRIHATIN. Seramai 25 penarik beca disantuni Maritim Malaysia (APMM) di Pejabat Maritim Terengganu, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Terengganu, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, ia merupakan sebahagian program tanggungjawab sosial korporat yang dianjurkan menerusi Kelab Kebajikan danSukan APMM Terengganu.

 Beliau berkata, kesemua penarik beca itu menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan tepung gandum.

"Semoga sumbangan dapat meringankan sedikit beban golongan itu dalam menghadapi cabaran kehidupan akibat kesan penularan Covid-19," katanya.

No comments:

Post a Comment