Translate

Saturday, May 8, 2021

Pengarah yayasan direman kes terima suapan RM9 juta

 

KUALA TERENGGANU - Seorang pengarah sebuah yayasan di negeri ini direman selama tujuh hari sehingga 30 Mac ini bagi membantu sia satan kes menerima suapan projek pelaburan pengeluaran produk pelitup muka bernilai RM9 juta.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 55 tahun itu dibenarkan Penolong Pen daftar Mahkmah Sesyen/Ma jistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab. Karim @ Isa semalam.

Satu sumber berkata, lelaki tersebut disyaki menerima ra suah daripada pengarah syari kat sebagai balasan menca dangkan pelaburan usaha sama dengan syarikat tersebut untuk pengeluaran pelitup muka. "Suspek ditahan di rumah nya di bandar raya ini pada pukul 4.30 petang semalam (kelmarin).

"Siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Ra suah Malaysia 2009," katanya di sini semalam.

Suspek merupakan individu keempat yang direman SPRM sejak kelmarin bagi membantu siasatan kes rasuah melibat kan projek pelaburan produk pelitup muka bernilai RM9 juta.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, dua pengarah syarikat dan seorang timbalan pengurus se buah yayasan di negeri ini di tahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

No comments:

Post a Comment