Translate

Thursday, May 13, 2021

Maidam bela nasib pemandu kereta sewa, tukang kasut

 

KUALA TERENGGANU - Nasib 21 pemandu kereta sewa, penjaja dan tukang kasut yang terjejas akibat Covid-19 di sekitar bandar raya ini mendapat perhatian daripada Majlis Agama Islam dan Adat Me layu Terengganu (Maidam).

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, M. Rozi Bidin berkata, kesemua penerima masing masing mendapat bantuan wang tunai sebanyak RM500.

"Perincian penerima terdiri daripada 14 pemandu kereta sewa, lima penjaja dan dua tu kang kasut.

"Bantuan itu juga diharap dapat dimanfaatkan oleh golongan tersebut untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi," katanya selepas menyampaikan bantuan tersebut di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di sini semalam. 

M. Rozi berkata, Maidam dimaklumkan bahawa ada pemandu kereta sewa yang langsung tidak memperoleh pendapatan harian ekoran ketiadaan pelanggan.

"Saya menggalakkan golongan tersebut agar mengemukakan permohonan bantuan lain dengan Maidam. 

"Maidam menyediakan pelbagai saluran untuk membantu golongan memerlukan seperti bantuan sara hidup, bantuan perniagaan dan zakat," ujarnya.

Ujar beliau, semua permohonan akan diproses bagi penentuan kelayakan dengan segera.

No comments:

Post a Comment