Translate

Friday, May 28, 2021

PKRC baharu dibuka di UMT

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) baharu akan dibuka di kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini.

Pembukaan PKRC di sebuah blok asrama pelajar UMT tersebut berikutan pusat lain sedia ada yang menempatkan pesakit Covid-19 berisiko rendah lain di seluruh negeri ini sudah mencapai kapasiti melebihi 90 peratus.

Pengarah PKRC UMT, Dr. Muhammad Lutfil Zulkafa berkata, penilaian risiko dan akses telah dilakukan sebelum pembukaan PKRC baharu di kampus UMT tersebut yang boleh membuatkan 484 pesakit pada satu-satu masa.

“Pembukaan PKRC ini tidak akan memberi risiko jangkitan kepada kepada warga UMT dan komuniti setempat. Kawasan PKRC ini telah dipasang dengan kawad berduri bagi memastikan tiada pencerobohan mahu pun pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di kawasan berkenaan.

“PKRC ini juga akan menggunakan laluan, pintu pagar dan blok asrama berbeza dengan warga UMT selain dikawal rapi,” katanya pada program Bicara Khas: PKRC@UMT di sini hari ini.

Beliau berkata, selain pemasangan pagar kawad berduri, penghadang fizikal juga akan dipasang bagi memastikan tiada perkumpulan antara pesakit di PKRC itu.

Tambah beliau, pihaknya juga akan memastikan semua pesakit yang bakal menerima rawatan tidak berkeliaran di luar kawasan PKRC berkenaan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan awam. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment