Translate

Tuesday, May 4, 2021

Modul khas untuk atasi hakisan pantai di negeri Terengganu

\KUALA NERUS- Kementerian Alam Sekitar dan Air telah me nyiapkan modul khas bagi me ngatasi masalah hakisan pantai yang serius di Terengganu.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata. modul bagi membaiki semula struktur pantai di negeri terse but dibentangkan pada Me syuarat Air Negara baru-baru ini.

"Terengganu mempunyai pantal cantik dan akan hilang separuh nikmat jika tiada." katanya ketika melepaskan pe serta Ekspedisi Sungai Nerus di Jeti Kampung Tanjung Sabtu di sini semalam.

Tuan Ibrahim berkata, antara pendekatan yang akan diambil bagi memulihkan struktur pantai terjejas adalah memastikan ia mempunyai bekalan pasir yang mencukupi.

Ujarnya, timbunan pasir yang banyak terdapat di kuala kuala sungai di sekitar Tereng ganu akan dibawa untuk me nampung kekurangan pasir pada pantai yang terhakis.

"Kita ada banyak muara muara sungai (di Terengganu) yang tertutup dengan timbunan pasir seperti Kuala Besut, Kuala Kemaman, Kuala Dungun, Merang dan Merchang

"Langkah membawa timbunan pasir ke kawasan pantal bukan sahaja mengatasi ha kisan, malah membuka laluan di muara sungai yang sebelum ini bukan saha menyukarkan malah membahayakan kese lamatan nelayan," katanya.

Kosmo! 6 Mac lalu melapor kan keindahan berpuluh ka wasan pantai di beberapa ne geri termasuk Terengganu yang dahulunya menjadi tumpuan pelancong kini lenyap apabila dihakis sedikit demi sedikit akibat ditelan fenomena alam itu.

Di Terengganu, beberapa pantai popular turut terancam apabila 30 kawasan dikenal pasti mengalami hakisan serius sepanjang 244km.

Antara pantai yang terjejas teruk ialah Pantai Teluk L pat. Dungun; Pantal Rhu Ren dang Pantai Rusila, Pantal Rhu Renggeh dan Pantai Rhu Dua, Marang dan Pantai Kuala Nerus.

No comments:

Post a Comment