Translate

Sunday, May 2, 2021

Terlanggar bangkai tapir di tengah jalan

Oleh MOHD AZLI ADLAN

SETIU – Seorang lelaki yang memandu kereta Proton Preve cemas apabila terlanggar bangkai seekor tapir di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Kampung Selamat, Sungai Tong di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada 11.30 malam itu, kereta Proton Preve yang dipandu lelaki berusia 49 tahun mengalami kerosakan pada bahagian hadapan akibat perlanggaran tersebut.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, sewaktu, kereta Proton Preve yang dipandu lelaki berasal dari Kampung Bukit Gasing, Marang itu dikatakan menuju ke arah Kota Bharu, Kelantan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandunya gagal mengelak bangkai seekor tapir yang berada di atas jalan.

“Bahagian hadapan kereta Proton Preve rosak akibat perlanggaran tersebut namun pemandunya terselamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Afandi berkata, pemeriksaan awal mendapati tapir yang dianggarkan seberat hampir 100 kilogram tersebut mati akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Menurut beliau, polis percaya bangkai haiwan liar berkenaan telah dilanggar sehingga mati terlebih dahulu oleh kenderaan lain. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment