Translate

Monday, May 17, 2021

Pemandu lori didakwa bunuh, bakar tukang masak wanita

 

KUALA TERENGGANU - Misteri pembunuhan kejam se orang tukang masak wanita bakal terungkai selepas seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh mangsa di Tepoh, Kuala Nerus pada 17 April lalu.

Badrul Hisham Mat Jusoh, 37, yang memakai baju-T berwarna hitam hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang diba cakan di hadapan Majistret Nordiana Abd. Aziz.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Che Janiah Jaafar, 55, di Kilometer 16, Jalan Kelantan, Kampung Padang Air, Tepoh di Kuala Nerus antara pukul 9.30 malam, 15 April dan 7.15 malam, 17 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan huku man mati mandatori jika sabit kesalahan.

Majistret Nordiana menetapkan sebutan semula kes pada 20 Jun depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Nabiha Hanin Ayim, manakala Badrul Hisham pula tidak diwakili peguam.

Kosmo! 18 April lalu melaporkan satu mayat wanita rentung kecuali sebahagian kaki kanan ditemui seorang tukang sapu Majlis Bandaraya Kuala Tereng ganu (MBKT) sewaktu sedang melakukan kerja-kerja pember sihan di kawasan tersebut pada pukul 7.15 pagi.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diumumkan Jumaat lalu mengesahkan identiti mangsa sebagai Che Janiah yang

dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Durian Guling Marang pada 16 April lalu.

No comments:

Post a Comment