Translate

Monday, May 3, 2021

Dua bazar Ramadan di Besut diarah tutup

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Dua bazar Ramadan di Bukit Kenak dan Kuala Besut yang terletak di daerah Besut diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini berikutan penularan pandemik Covid-19.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, kedua-dua bazar Ramadan tersebut diarah tutup sehingga Jumaat ini.

Beliau berkata, penutupan Bazar Ramadan Bukit Kenak dan Kuala Besut dilakukan selepas tiga peniaganya disahkan positif Covid-19.

“Tiga peniaga tersebut merupakan pekerja sebuah kafe di Besut yang didapati positif Covid-19 sebelum ini.

“Sehubungan itu, dua bazar Ramadan berkenaan telah diarah tutup selaras dengan Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini Bazar Ramadan Tok Adis di sini turut berhadapan tindakan ditutup selama dua hari sehingga 18 April lalu kerana kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.

Nor Azimi mengingatkan peniaga dan pengunjung semua bazar Ramadan serta bazar Aidilfitri agar sentiasa mengutamakan SOP ditetapkan bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.

Sebanyak 69 lokasi bazar Ramadan dengan 4,326 petak niaga beroperasi di seluruh Teremgganu pada tahun ini. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment