Translate

Monday, May 10, 2021

Pengusaha taska disamun penjenayah pakai senapang angin

 


HULU TERENGGANU - Seorang wanita tergamam apabila taman asuhan kanak-kanak (taska) yang diusahakannya di Jalan SekolahMenengah Mahmudiah, Kuala Berang di sini diceroboh seorang penjenayah sehingga dia kerugian kira-kira RM8000 semalam. 

Tambah mencemaskan cerita Khatijah Ali, 58, dia dan cucunya diacu dengan selaras senapang angin oleh lelaki berkenaan dalam kejadian pukul 9.30 pagi.

Bercerita lanjut, Khatijah memberitahu, sewaktu kejadian, dia dan anak perempuannya yang berusia 29 tahun sedang menyediakan makanan untuk lima kanak-kanak di bawah jagaan taskanya.

"Lelaki (penjenayah) itu masuk melalui pintu dapur sebelum mengacu senapang (angin) ke arah saya dan meminta duit. 

"Dia kemudiannya mencapai beg tangan kami dua beranak yang diletakkan di atas kabinet dapur sebelum saya memberanikan diri cuba merampas semula sehingga berlakunya pergelutan," katanya ketika ditemui di sini semalam. 

Khatijah berkata, sewaktu per gelutan itu, satu tembakan telah dilepaskan sebelum penjenayah tersebut mengacukan senapang anginnya ke arah dahi cucunya yang sedang duduk di atas kerusi berhampiran sinki dapur. 

Ujarnya, dia terpaksa melepaskan dua beg tangan yang mengandungi wang tunai hampir RM4,000, dua utas rantal leher dan dua bentuk cincin kepada lelaki tersebut. "Penjenayah itu yang memakai topi keledar bertutup penuh kemudiannya melarikan diri dengan sebuah sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran taska," ujarnya.

Khatijah yang sudah 10 tahun mengusahakan taska tersebut memberitahu, sebahagian besar wang tunai yang dilarikan itu merupakan yuran yang dibayar penjaga kelmarin.

Jelasnya, sewaktu kejadian, empat kanak kanak jagaannya yang lain sedang tidur di bahagian hadapan premis tersebut.

"Sepatutnya, saya menjaga seramal 25 orang tetapi hanya empat saja yang datang hari (semalam)," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud yang dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, suspek sedang diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 akta sama.

No comments:

Post a Comment