Translate

Wednesday, May 5, 2021

Padah rompak jiran

 

KUALA TERENGGANU -Tindakan seorang penganggur merompak jiran sendiri berbalas apabila dia dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Azlan Shafiee, 24, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Hakim Nooriah Osman:

Tertuduh diarahkan menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkapan pada 5 Februari lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Azlan didakwa merompak harta jirannya iaitu seorang wanita berusia 43 tahun yang melibatkan kerugian RM1,000 di Kampung Paya Lima Amas, Kuala Nerus pada pukul 8.30 malam, 4 Februari lalu.

Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu berada di dalam bilik air terdengar bunyi cermin tingkap bilik tidurnya pecah.

Wanita itu kemudian segera keluar dari bilik air sebelum nampak tertuduh sedang menarik beg tangannya yang di letakkan di atas katil dengan menggunakan sebatang kayu menerusi tingkap bilik.

Dia cuba menarik balik beg tangan itu selain menjerit me minta pertolongan tetapi gagal setelah tertuduh bertindak melarikan diri menuju ke bela kang rumahnya.

Tertuduh kemudian ditahan keesokan harinya oleh polis Gong Badak, Kuala Nerus.

Tertuduh didakwa mengi kut Seksyen 392 Kanun Kesek saan yang memperuntukkan hukuman penjara 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit ke salahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya. Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak.

No comments:

Post a Comment