Translate

Friday, May 21, 2021

Mayat nelayan hilang di perairan Terengganu ditemui

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Salah seorang daripada dua nelayan yang hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Terengganu pada kelmarin disahkan sudah meninggal dunia.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Terengganu, Muhammad Suffi Mohd. Rahim berkata, mayat Baharudin Abdullah, 47, ditemui terapung pada kedudukan 17 batu nautika dari Pulau Kapas, Marang semalam.

“Sebelum ini, sekumpulan nelayan tempatan menjumpai satu mayat terapung di lokasi tersebut pada pukul 1 petang semalam sebelum memaklumkan kepada pasukan APMM yang sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat.

“Mayat itu kemudiannya dibawa oleh Bot Maritim Pengawal 16 ke Jeti Maritim Terengganu di sini pada malam tadi sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dibedah siasat,” katanya kepada di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan Baharuddin dan tekongnya, Jaafar Sulong, 66, yang keluar ke laut menggunakan bot kelas A dikhuatiri hilang di perairan daerah ini selepas mereka tidak pulang ke jeti mengikut jadual ditetapkan kelmarin.

Muhammad Suffi berkata, berdasarkan pengecaman ahli keluarga, mereka mengesahkan mayat ditemui itu adalah Baharuddin yang berasal dari Ajil, Hulu Terengganu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang iaitu Jaafar diteruskan semalam. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment